ini lah suasana bilik kat kampung. bila ramai je yang balik, meriah !. kecoh, apa lagi ada budak-2 kecik. macam-2 ragam. ini cuti 2 minggu lepas punya. baru sekarang nak upload photo. bila waktu masak, kecoh kat dapur ketung ketang. huhu. saya?? tak pun. saya tolong mengecat rumah. yelah rumah Opah Atok, mustilah kita yang muda yang buat. alang-2 balik kampung ni, terus gotong royong. yelah persiapan untuk raya tahun ni. nak buat waktu puasa nanti takot tak larat. saya harap raya tahun ni meriah sakan !. lagi ramai balik ke kampung. nak tengok adik kecik saya pakai baju raya. dia pun dah nak masuk setahun. cat rumah kali ni, warna biru. ek eleh, lagi pun ni baru first time cat rumah kat kampung. (poyo). rumah dah lah besar. satu hari boleh siap. nasib baik cat bahagian bawah je. bahagian atas, papan. sejak rumah bahagian bawah makin bertambah besar. bahagian tak ada siapa pun yang hirau. dah jadi tempat sarang tikus berpesta. apa lagi waktu malam. huhu...
huhu. bersepahnya rumah opah. tak apa pah, tak selalu cucu-2 opah balik :)
inilah hasilnya. rumah masih bersepah, belum di bereskan lagi.
buat kemas-2 yea mak. itu dia, semangat punya pasal. :)
huhu. rajinnya. bos sudah mari maa, mau cek itu kerja sudah bereskah belum. bos cover perut tu. muncit maaa :D
semangat maa :D . hidup maksu !!!
cepat-2, sikit lagi mau siap !!! :))))
opah buat apa tu, tengah buat bantai ucuk adek ea. alaaa, ieqa nak jugak :((
inilah moto kegunaan atok kesana kemari. kemudahan dah ada. senang sikit nak pergi mana-2. tapi atok hati-2 tau. :)
dulu hutan. sekarang dah kena tebang. coz, nak bangunkan rumah. hurmm.. dah tak ada lah tempat nak privacy sikit. :(
inilah kampung halaman saya. cantikkan :)
No comments:
Post a Comment