Friday, April 13, 2012

Hati ♥

Salam.
penat kerja sampai dah memang dah tak boleh nak online lagi. okey saya  mintak maaf. cerita yang semua orang alami. suka tak suka kena tempuh jugak. penatlah kalau asyik bercerita tentang CINTA DAN PERASAAN. malas nak sentuh, tapi itulah aku yang sensetif gila bab hati ni. kawan-kawan sorry kalau aku dah lama tak tegur. busy satu, lagi satu. hmmm ~ tak payah tahu pun takpe. aku punya Blog ni taklah popular sangat. tak ramai kenal dan tak ramai tahu. cukup hiburan dan kenangan sendiri tersimpan di laman web. alangkah indahnya jikalau hati aku sesinar di atas. ♥

Wednesday, August 31, 2011

KLIK !! .. RAYA

Assalamualaikum. kini hari perayaan kita bagi orang islam telah berjaya di raihkan bersama dengan orang tercinta dan tersayang. huhu. seronok hari raya tahun ni. 2011. bermula dengan pagi yang indah. terdengar berkumandang takbir raya. sungguh berseri-seri di pagi itu.

START !! ..

malam raya mestilah meriah. bergotong royong masak pelbagai makanan. hari raya taksah kalau tak ada lemang, ketupat, rendang, huhh ! banyak sangat. apa lagi kelurga dah bertambah besar. rumah pun dah bertambah besar. kihkihkih. seronok dapat balik kampung. walaupun ada yang tak dapat balik. ni pun dah kira bersyukur, dapat gembirakan hati opah dan atok.

bangun pagi je. mandi, gosok baju, make up, bersediaaaa ...

KLIK !! ..

haaa .. of couse snap picture beramai-ramai. hihi. dari dalam rumah sampai kat luar rumah. sempat bersalam-salaman. mintak ampun.
"mak ! umie nak mintak maap, sekiranye umie ade buat salah dan silap. halalkan makan miunm umie ..  SELAMAT HARI RAYA MAK .. ! "
cewahhh ...... :)
poyo lebih...

sempat salam je. tak sempat sedara nak hulur duit raya. kacaulah.. (ada orang datang rumah) awal sangat. apelaaaa.. kacau sungguh. sampai sekarang tak dapat duit raya lagi. orang tak berhenti-henti datang beraya. memang kacau.

aku tak sempat nak masukkan picture dalam PC. so, aku tak dapatlah nak tunjuk picture raya tahun ni. nanti dah ada. aku upload rait. K
Assalamualaikum & SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. :)
(sorry lambat update blog)

Saturday, July 30, 2011

OK! OK! dalam suoooo ~

siapa nak lumba lari dengan aku. confirm aku kalah. badan tidak mengizinkan, sebab apa? sebab berat. haha. bukanlah. siapa lari dengan aku dari rumah aku sampai belakanggggg taman, confirm aku menang. kalau lari dekat stadium. tak payah cerita leee. tak akan lepas punya. hummm... sebut pasal stadium. aku ada story nak di story kan. mau tau. huhu. story ni agak melucukan dan agak memalukan. tapi aku rasa tak ada sesiapa pun yang mengetahui hal ni. melainkan diri aku sendiri. huhu.


AL-kisahhhhh ~


rumah sukan aku dulu berKALER biru. mat saleh panggil 'BLUE'. pada masa yang sama biru adalah KALER favourite aku. so, semangat tu lagi bertambah membara membakar. cewahhh ~ !. dulu aku ni seorang yang pendiam. susah sekali tengok aku bersuara. sungguh pendiam. ~~~~. jadi sekolah aku ada buat sukan tahunan. yelah, setiap sekolah mestilah ada kan. (bengong). aku terpilih memasuki larian 200m. dulu aku tak tahu pape. yang aku tahu lari. masa aku darjah 5 or 6. lagi lah 'blurr'. OK, tiba masanya untuk aku bersedia. ALAMAK !. aku demam. haa !, ni masalahnya kalau orang tu dah jadi pemalu sangat. sampai takut nak cakap dengan cikgu yang aku ni demam. kawan sendiri pun tak tahu. apa kesss. beratur tengah panas dengan keadaan yang tak sihat. aku pun buat bodoh jelah tak bagi tahu cikgu langsung. masa semakin hampir. aku sudah pun mengambil tempat aku. garisan yang PERTAMA. fikir fikir fikir. ni confirm aku menang. badan tengah tak sihat ni. kena kuatkan semangat jugak lah. faham-2 jelah kan kalau orang dah demam. ceret beret, selsema, batuk, pening. badan betul-2 tak larat dah ni.


PONNNNNN !!!



LARI ! LARI ! LARI !!!!!!..... aku lari sekuat yang aku mampu. dengan perut memulas. aku orang pertama lari dulu. sat-2 kemudian ada orang potong aku. dan makin ramai memotong aku. aku semakin tak perdaya. rasa macam nak tumbang. cikgu rumah sukan aku mengharap pada aku, memberi semangat dekat aku. CEPAT ! CEPAT ! CEPAT !!!!!. aku semakin lemah dan lemah. aku dah kebelakang. nak tahu sebab apa aku makin kebelakang. sebab ceret beret aku dah terkeluar. aku menahan dari tadi tau takkkkk. dengan pening. yang tak percayanya tak ada sesiapa pun yang perasaan. hahahahaha. memalukannnnn. ni lah, malu punya pasal. padan muka dengan aku sendiri. tapi ni sebagai kenangan aku sendiri. aku simpan sampai bila-2. aku update kat blog ni. supaya aku tak lupa setiap saat. ngeeeee ~ thanksss umie <3

Thursday, July 28, 2011

senyum sikit :)))))

bosan lah asyik cerita pasal CINTAN-2 je. cuba kita cerita pasal lain berkenan dengan Hati. hehe. macam mana tu ea. (senget..). tak apalah, cerita je pape pun. lagi pun aku dah lama tak update blog. hari ini baru ada peluang untuk mengidupkan blog yang terbengkalai ini. cantik tak DP aku ni. berkedip-2. hehe. macam dalam hati aku ni. (SEDANG HAPPY). aku dah tak ada story sad-2. amboiiiii~ BI  lowww. aku BI tak lah pandai sangat. lulus je. tapi aku bangga sekurang-2nya aku ni tak lah low sangat. so, pada sesiapa yang pro BI. tolong leee. bahasa kita budaya kita. so, kita lebihkan bahasa kita daripada bahasa asing itu.

cerita  cerita cerita ..... semalam my auntie baru je sampai sini (Klang). so, banyaklah cerita kita yang ada saja nak di ceritakan. daripada cerita funny-2, ngumpat-2(mulut notty)hehe,hingga story about  LOVE so sick. huhu. story pasal Man yang sengal. ah ! give up aku dengan cerita lelaki ni. sama je aku dengar dari aku lalui sendiri sampai berjangkit dalam otak my auntie yang sewel. :P. susah betul lah dengan perempuan yang mudah cair mudah runtuh luluh dengar ayat-2 lelaki yang sweetie tu. eeee~ geli aku. aku sendiri dah muak. tak kebulo aku nak dengar lagi. sama  je ayatnya. dorang dah tak ada ayat lain ke. ayat-2 korang tu dah basi tahu tak. perempuan bengap je yang boleh simpan ayat yang dah basi tu, tunggu berkulat je. tak pun, tu ha ! macam ulat sampah berenyut-2 kat plastik sampah belakang kedai mamak. (beremang bulu rumu ku..eeee~). auntie-2, dah lah. tak payah nak fikir-2kan lagi. tak penting pun. OK sekarang ni kita cerita pazal kita pernah teserempak dengan anjing dulu. ingat tak, sampai aku terkucil-2 dalam seluar. mak aii.. banyak nak di ceritakan pasal kenangan kita dulu yang tak pernah berhenti ketawa. kalau di ingatkan balik and bercerita gerenti pecah perut. huhuhu. buat apa nak fikir benda yang boleh buat kita sedih. buat berkedut muka je tauuu. tak mau tak mau tak mau. SMILE ALWAY'S AND FOREVER. <3

Monday, June 27, 2011

tolong leeeee... BENCI !!

'kau dah buat salah, kau lah tanggungjawab'. ini lah masalah manusia, buat kesilapan tapi tak nak bertanggungjawab. apa kes. masa tengah buat sedap, kau tak pikir dosa, kau tak fikir apa akibatnya, kau tak fikir padahnya yang kau akan terima. Tuhan dah bagi otak tuk berfikir, ada akal. kau tak pandai guna, ada otak tapi bingai, tak berakal. nak kata macam haiwan, haiwan lagi elok dari kau. dia tak bersalah, kau sanggup buang (mulalah nak maki ni). aku paling pantang dengan sikap manusia yang cukup keji ni. sampai mampus budak tu. kau tak nak, kau bagilah kat tempat kebajikan ke apa. ni tidak, dah lah kau buat perkara sial, lepas tu, kau buang pulakkk. kat tong sampah, campak dari tingkat 15, kau kerat, asal kau ni bangang sangat. mak bapak kau tak ajar ke. kau tak pernah belajar Agama Islam, Eh !, malu lah orang Islam buat perkara sial tu. kebanyakkannya adalah orang Islam. kita lah ni. kau sedar tak. kau tak ada maruah ke. baik lelaki atau perempuan. sama saja. lelaki ni pandai menggoda, guna ayat peerrrhhh !! manis kalah gula kat dapur rumah aku. perempuan ni pulak, mudah lemah, iman tak kuat, serahkan je semuanya pada sayang muah muah. i love u, u love i. muah1000x. dah tak fikir benda lain, fikir keseronokan, fikir kesedapan, fikir syok mendapat belaian. dah tak ada dah dalam otak tu, empty. dah tak fikir mak bapak, dah tak fikir family, dah tak fikir kawan-2. satu je kau fikir. kau sedang berseronok dengan teman istimewa yang kau fikir akan kekal selamanya. U sayang I. ofcoz I sayang U, sayang sangat-2. (SIAL). aku cerita ni, bukan bermakna aku baik, sempurna. tapi ini tuk pengajaran kita semua sebagai orang Islam, yang semakin kerap kita dengar berita-2 sebegini. so, kita harap sama-2 yang benda-2 macam ni kita elakkanlah.

Dulu Dan Sekarang.

kenapa dulu saya tak macam sekarang. sekarang saya single. 
kenapa saya tak macam sekarang. sekarang saya dah habis SPM. 
kenapa saya tak macam sekarang. tak di temani orang istimewa. bukan OKU. 
tahun lepas, patutnya saya tak patut ada balakss. coz saya sedang menduduki SPM. kena fokus 100%.
baru sekarang nak single, baru sekarang tak minat berCouple-2 ni. papetah, kecoh (cakap sendiri). padan muka saya. sekarang result SPM dah keluar, tu lah usaha kau selama ini. terima je. dulu sentiasa ada orang temankan saya. tak pernah miss. sekarang tak ada pun. orang call saya pun jarang sekali, apa lagi ringtone mesej pun tak berbunyi. sepiiiii ~. ni sebenarnya yang saya nak. terima jelah. (jangan banyak merungut).
saya tak suka di ganggu. saya nak privacy. dulu, kalau orang tak mesej saya, saya yang cari dia orang (bodoh). coz BOSAN punya pasal. sekarang, saat ini, detik ini, moto jiwa saya 'NO TIME FOR LOVE'.

kihkihkih.....:)

Saturday, June 25, 2011

Menjadi Pendengar Yang Setia.

Jangan mencelah, menyampuk dan bercakap semasa dia sedang meluahkan rasa hati. Dengar segala perkara yang dia katakan. Cuba fahami pendapat dan permintaanya. Pendengar yang baik dapat memahami perasaan kekasihnya dengan lebih mendalam. Tindakan mendengar dengan baik adalah bukti kita mencintai dan menyanyanginya.

Madah.

"Ada dua titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yang lagi satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyanyangi saya berlalu begitu sahaja."


Dari buku conteng sekolah... :)