Friday, June 24, 2011

Baru & Lama.

saya malas sebenarnya nak cerita pasal ni. tapi kena cerita jugak. saya tak nak cakap dekat sesiapa pun. saya nak luahkan kat sini. korang bacalah sendiri. kita sentiasa bersama suka duka, pahit manis, senang susah. semua bersama, duduk cerita bersama. pergi mana sahaja, sentiasa bersama. susah nak tengok kita orang renggang. sampai satu masa, kita orang teringin belajar bersama. dah tak ada orang lain selain kau dan aku. bila waktu lepak, ada saja cerita lucu nak di ceritakan. kalau nak di ceritakan banyak sangat pasal dia dengan saya. saya rasa selasa dengan dia. tak ada keluar dengan orang lain sesenang dengan dia. saya tak pernah merungut bila dia ajak saya keluar, coz saya memang suka keluar dengan dia. saya sayang dia dah macam adik beradik saya. memang kadang-2 kita tak boleh mengharap sesuatu pada orang yang belum kita rasa yakin dia adalah orang yang akan kekal dengan kita untuk selamanya. saya ni jenis ada sifat  setia pada yang satu. tak bermakna saya setia, saya tak perlukan orang lain. nanti orang fikir, "eh !, dia ni asyik dengan dia je, tak ada orang lain ke." apa pun saya lakukan, saya musti fikir dia. apa dia buat sekarang. (boleh nampak saya sayang dia). tapi dia ??. saya tahu dia orang yang peramah. semua orang dia kawan. tapi bila dia dah jumpa orang baru (geng leee). saya, dia buat dono. ajak pun acuh tak acuh (nak tak nak). saya tak suka buruk-2 kan orang. saya tak benci dia. tapi dia yang buat saya benci dia. sedih bila di fikirkan balik. (termenunggg......). biarkanlah, dia bukan siapa-2 pun bagi saya. kalau dia rasa selesa dan seronok dengan diri dia, buat apa saya nak kacau hidup dia. dia dah ada orang sayang dia, dia dah ada sekepala baru, so dia tak perlulah nak cari saya lagi. so saya tak perlulah mengharap dia menjadi member yang saya kenal dulu. dunia dunia. normallah tu. tak ada yang peliknya. biasalah tu. saya dah agak perkara ni akan berlaku, itu sebab saya nak berkawan dengan sesiapa saja yang saya rasa selesa dan tak setia seperti mana dengan dia. satu je perkara yang saya tak suka. bila dah jumpa yang baru, yang lama di lupakan. walaupun tak lupakan sepenuhnya, cehhhhhh :). tapi kita boleh nampak perubahan pada diri dia. pada sesiapa yang pernah lalui. korang akan faham apa yang saya maksudkan ni. (JANGAN DATANG CARI SAYA LAGI.). tak tahulah kalau dia perlukan saya lagi ke tidak. (pandai).pandai le tu. kita tengok, siapa lupa siapa. kalau dia, saya tak nak kacau dia lagi. senang. (hati nak terkeluar). huuuuuuu.... tarik nafas, hembus le kalau mahu. saya tak suka sebenarnya mimik muka saya macam ni. (sedih). saya nak happy, kenapa pasal dia, saya nak jadi macam ni. errrgggg !! bukan dia seorang je member saya. rait. kalau dia happy, saya lagi nak happy. memang saya tengah happy. (gumbiraaa !!). ramai yang nak kawan dengan saya. ada yang ajak keluar tengok wayang. ada cerita baru pulak. huhu. cuma masa je yang tak hadir lagi. belum bersedialah nak keluar dengan lelaki baru kenal ni. tunggulah, kalau sanggup. huhu :). ini hidup saya, tak ada sesiapa yang kacau. so, saya tak perlulah nak fikir pasal orang lain selain fikirkan diri saya sendiri dengan cara hidup saya. :)))

No comments:

Post a Comment